Lagu Lagu Hiburan & Pendidikan

Selasa, 9 November 2010

ABM

Salam, kali ini saya nak bagi satu catatan dari teman saya yang banyak bantu saya dalam mendapatkan idea2 bernas. First, saya lawat blog nye, saya begitu teruja. Memang best la. Tq kak G...Minta izin ya ambil catatan akak untuk saya selalu baca dan kekawan yang datang lawat blog saya...Pun kalau ada yang sudi..


KOTAK TEMA


Assalamualaikum.....




Kotak tema sangat sesuai diwujudkan di kelas prasekolah. Ia memudahkan guru menyimpan dan mengambil bahan-bahan yang telah disiapkan lebih awal. Saya juga di dalam proses mengemaskini kotak tema yang ada di dalam stor kelas. Banyak juga bahan yang telah disiapkan selama ini. Antaranya ialah:

1. Lembaran kerja yang telah siap dibinding menggunakan ring binding mengikut komponen. Semua bahan disusun mengikut sukatan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

2. Kad gambar tunggal yang boleh disesuaikan dengan soalan yang ada di dalam lembaran kerja.

3. Kad perkataan berdasarkan soalan di lembaran kerja.

4. Buku mini





Setiap tahun saya masih menyiapkan bahan-bahan. Ramai rakan sekerja yang pelik melihat saya dan PPM asyik menyiapkan bahan. Entahlah setakat ini belum ada istilah bosan menyiapkan tugasan itu. Hari ini sahaja selepas kanak-kanak balik, saya dan PPM melaminate kad-kad gambar yang telah kami siapkan dari tahun lepas. Yalah, kerja beransur-ansur bak kata orang tua-tua, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Gambar-gambar yang ada biasanya kami gunakan untuk ditampal di dinding kelas. Jadi bahan-bahan itu akan dikumpul semula dan digunakan lagi. Ada juga rakan-rakan yang mengecek untuk diberikan kepada mereka. Bukan lokek, cuma rasa sayang hendak melepaskan bahan-bahan tersebut. Maklum tema prasekolah sama sahaja setiap tahun. Kini saya sedang menyiapkan kad-kad pratulis yang dilaminate untuk disimpan dalam kotak dengan label Kemahiran Pratulis. Saya menggunakan huruf-huruf titik bagi kad-kad ini. Kad-kad surih penting bagi kanak-kanak yang baru mengenal alam persekolahan. Saya tetap menyiapkan untuk 25 orang kanak-kanak. Pada kad-kad ini akan ditebuk lubang dan diletakkan ring besi untuk mengelakkannya bercampur aduk.



Saya turut menyiapkan kad-kad permainan bersaiz A4. Semua bahan bantu ini saya laminate supaya ianya tahan lama. Kad-kad huruf dan kad sukukata bermula dari KV, KVK, KVKK juga telah saya sediakan sebelum ini akan dikumpul dan dipakaikan gelang besi. Untuk ketahanan saya bercadang memotong papan plywood mengikut saiz-saiz kad sebagai tapak asas. Pendek kata sekiranya saya bertukar ke sekolah lain kelak, guru yang bakal mengambil alih kelas ini akan "cuci kaki" sahaja masuk ke kelas. Prinsip saya ialah saya suka melakukan yang terbaik sebagaimana motto agen jualan langsung @ MLM " Buat sekali guna berkali-kali". Entahlah memang pantang saya melihat bahan-bahan yang dibuat sembrono yang akhirnya dibuang ke tong sampah. Sayang duit peruntukan yang diberi kalau dibuat tanpa kualiti. Saya memang cerewet dalam bab buat bahan bantu mengajar. Kalau nak beli buku pun saya akan melihat dari banyak aspek - tulisan, susunan, warna dan gambar. Kalau salah satu ciri ini tidak menepati saya tidak akan membelinya. Pujuk macam mana sekali pun memang saya tidak akan layan. Begitu juga bila penjual menjual di kelas. Memang jarang saya membelinya sebab saya merasakan bahan-bahan itu saya boleh membinanya sendiri tambahan pula bahan yang dijual itu memang mahal. Dengan harga sebegitu, banyak benda boleh saya buat atau manfaatkan. Pendek kata penjual bosan untuk berurusan dengan saya di kelas. Hehehe.... kecerewetan melampau. Saya tidak peduli kalau dimarahi jurujual kerana itu hak murid saya, saya berhak juga untuk membuat pembelian yang munasabah. Kalau ikutkan rasa malas memanglah bagus dibeli sahaja tetapi amanah itu adakah sudah kita laksanakan? Belilah bahan secara berhemah.
 
 
 
LACING
 
Lihat contoh di bawah. Cantik bukan? Mestikah kad-kad tebuk untuk aktiviti "lacing" ini dibeli?


  


Jawapannya tidak perlu. Anda hanya perlu memfotostat gambar-gambar yang anda fikirkan perlu. Kemudian warnakannya dan dilaminate. Pastikan anda melaminate dengan meninggalkan sedikit basi di tepi supaya kad anda tidak mudah rosak apabila digunakan oleh murid-murid prasekolah. Tebuk tepi kad dengan menggunakan penebuk lubang yang ada di pejabat sekolah atau anda membelinya menggunakan peruntukan sekolah. Sekarang anda telah berjaya mengurangkan kos pembelian bahan bantu mengajar dengan cara membuatnya sendiri. Tidak punya masa? Selepas waktu kanak-kanak pulang, anda boleh memulakan aktiviti mewarna ini dengan menggunakan warna poster. Bahan yang sangat mudah ini boleh dibuat sendiri. Anda boleh meminta bantuan Pembantu Pengurusan Murid membuatnya di waktu petang juga. Kini anda telah dapat menyusun jadual kerja kepada Pembantu Pengurusan Murid. Ia juga boleh dilakukan oleh PPM sepanjang cuti sekolah bila mana tiada kanak-kanak di sekolah. Bantulah PPM anda merancang kerja mereka dan memudahkan anda juga.



Selamat Mencuba!.



KAD SUAI PADAN





Lihat contoh di atas. Kad suai padan ini sangat sesuai untuk aktiviti mendiskriminasi sama ada bentuk, warna, saiz atau objek. Anda hanya perlu menyediakan sekeping kad asas dan sekeping lagi yang sama untuk digunting supaya kanak-kanak boleh mencari pasangannya. Pelbagai tema boleh digunakan. Misalnya untuk tema makanan, anda boleh mencari katalog dari pusat membeli belah dan memotongnya ke dalam petak-petak. Akhirnya anda perlu melaminate kad asas ke dalam plastik laminate bersaiz A3.




Soalan biasa yang guru akan kata adalah...

1. Di kelas saya tidak ada mesin laminate.

2. Di kelas saya tidak ada plastik laminate A3.

3. Saya tidak pandai melukis.

4. Saya tidak pandai mewarna.



Jawapannya:

1. Mintalah peruntukan membeli mesin laminate menggunakan duit LPBT kelas prasekolah.

2. Isi borang Nota Minta dari pejabat sekolah untuk membeli bahan yang diperlukan.

3. Cetak sahaja dari cd clipart yang boleh dibeli di kedai komputer atau gunting dari keratan iklan atau buku-buku lama.

4. Budak sekolah pun pandai mewarna. Cikgu tidak perlu sehebat Picasso untuk mewarna yang penting murid boleh kenal apa warna yang ingin cikgu kenalkan.



Ayuh cikgu kita mulakan sekarang. Ubah sikap anda ok. Berfikirlah secara positif.


LACING TAG



Saya terjumpa website yang menarik ini sebagai satu idea yang boleh kita gunakan di kelas. Ianya mudah untuk dibuat dengan menggunakan abjad berwarna-warni dan nombor. Dengan menggunakan bahan ini kita boleh aplikasikan untuk aktiviti seriasi. Saya harap dengan adanya bahan seperti ini akan dapat memberikan motivasi kepada anda semua guru prasekolah untuk membina bahan bantu mengajar dengan lebih baik dan menarik untuk setiap murid anda. Bahan yang diperlukan ialah:




1. Tali atau benang

2. Plastik laminate

3. Gambar / abjad / nombor



Anda boleh meletakkan siri abjad, gambar atau nombor di papan easel. Minta murid anda menyusun siri yang serupa menggunakan kad yang telah anda buat untuk membuat lacing tag seperti gambar di bawah.











KAD SURIH


Kad surih huruf titik-titik sangat sesuai untuk latihan pratulis kanak-kanak prasekolah. Anda hanya perlu cetak dan laminate. Kemudian gunting satu persatu. Gunakan marker pen setiap kali kanak-kanak menyurihnya.



[kad+surih.JPG]

[surih2.JPG]
























1 ulasan:

  1. wow cantik....kenapa tak download kad seriasi number turun naik....

    BalasPadam