Lagu Lagu Hiburan & Pendidikan

Selasa, 31 Ogos 2010

AKTIVITI KELAS- TEMA BUAH-BUAHAN

Tema : Buah-buahan
Aktiviti : Mengunting dan menampal gambar buah-buahan
Tarikh : 7/7/2010(Rabu)
Nilai Murni: Bekerjasama, sabar, fokus dan berhati-hati

                                                     Adik Nur Mutmainna

                                      Fokus, bekerjasama dan sabar meenjalankan aktiviti

                                       Menggunting dan menampal gambar buah

Seronok tengok kanak-kanak menjalankan aktiviti mengunting dan menampal gambar buah-buah. Saya lihat mereka begitu fokus dan ada kerjasama ketika menjalankan aktiviti ini. Selesai sahaja, guru pamerkan hasil kerja mereka di sudut kreativiti. Nampaknya mereka dapat memperhalusi motor halus mereka melalui aktiviti ini.

AKTIVITI KESIHATAN-PEMERIKSAAN FIZIKAL KANAK2 & PEMERIKSAAN MATA

Aktiviti: Pemeriksaan Kesihatan Fizikal & Pemeriksaan Mata Kanak-Kanak Tabika Perpaduan RKAT Sg. Bedaun
Tarikh: 14/07/2010 (Rabu)
Masa : 9.00-10.00 pagi
Tempat: Kelas Tabika Perpaduan RKAT Sg. Bedaun

Pengisian:

1. Pemeriksaan kesihatan -memeriksa fizikal
2. Memberi ubat cacing
3. Pemeriksaan mata
4. Ceramah penjagaan kesihatan












PROGRAM CABARAN ANGKASAWAN 1 MALAYSIA ZON W.P LABUAN

Aktiviti: Cabaran Angkasawan 1 Malaysia Zon W.P Labuan
Tarikh: 10/7/2010 (Sabtu)
Masa : 6.00 pagi- 9.00 pagi

Pengisian Program:

6.00-7.00 pagi - Pendaftaran PCAIM dan pengambilan t-shirt larian
7.00-7.15 pagi - Taklimat Larian
7.15-7.30 pagi - Senamrobik
7.30-8.30 pagi - Flag-off larian 3.5km

Program ini dilanjutkan untuk larian cabaran angkasawan untuk memilih 5 peserta terbaik yang akan mewakili WP Labuan untuk Fasa Kedua. Sayapun ada turut sama menyertai pengisian program yang telah dirancang tersebut. Walaupun saya tak layak menerima siji, sekurang-kurangnya saya dapat merasai pengalaman berlari sepanjang 3.5 km bersama dengan anak-anak saya dan rakan sekerja.





Bergambar bersama Dr. Faiz

                                                          Senam robik





PROGRAM CABARAN ANGKASAWAN 1 MALAYSIA ZON W.P LABUAN

Aktiviti : Program Cabaran Angkasaan 1 Malaysia Zon W.P Labuan
Tarikh: 9 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi -5.00 petang
Tempat: Lobi Kompleks Ujana Kewangan



Program kali adalah cabaran angkasawan 1 Malaysia Zon W.P Labuan. Saya bertugas di kaunter pendaftaran bersama rakan guru yang lain. Pada pagi itu, kami mendaftarkan peserta2 yang berminat mengikuti larian angkasawan yang akan berlangsung pada keesokan paginya (10/7/2010).

Seronoknya pada hari itu ialah peserta berpeluang bertemu mesra, sesi bergambar dan meminta tandatangan daripada salah seorang angkasawan negara kita iaitu Dr Faiz! Kamipun sempat ambil gambar beliau.














PERTANDINGAN KOIR LAGU-LAGU PATRIOTIK 2010 & PERTANDINGAN KREATIVITI PENTAS JIRAN MUDA LABUAN



AKTIVITI :PERTANDINGAN LAGU -LAGU PATRIOTIK 2010 & PERTANDINGAN KREATIVITI PENTAS JIRAN MUDA LABUAN

Tempat: Dewan Konvensyen kompleks Ujana Kewangan W.P Labuan
Tarikh: 4 Julai 2010
Masa: 7.30 pagi -4.00 petang
Anjuran: JPNIN W.P Labuan



Program yang dilaksanakan ini merupakan anjuran JPNIN W.P Labuan pada 4/7/2010. Pada masa itu, saya bertugas sebagai penyambut tetamu kehormat bersama rakan-rakan guru yang lain. Program ini bermula pada jm 7.30 pagi hinggalah selesai sekitar jm 4.00 petang dan pada masa yang sama juga Pertandingan Kreativiti Jiran Muda dijalankan pada jm 1.00 petang.

Objektif Program:

1. Menjadikan lagu-lagu patriotik sebagai satu medium yang berkesan untuk menyemarakkan semangat patriotik di kalangan murid2vsekolah khususnya di kalangan ahli-ahi kelab Rukun Negara.

2. Memupuk minat murid2 supaya mengemari lagu patriotik dan usaha untuk memperkukuhkan semangat perpaduan dan muafakat pelbagai lapisan masyarakat.

3.Memupuk kreativiti remaja ke arah generasi yang cemerlang dan berinovasi.

Ahad, 1 Ogos 2010

HARI KELUARGA 2010

Aktiviti: Hari Keluarga
Tempat: Komplek Sukan Laut W.P Labuan
Tarikh: 27 Jun 2010 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi hingga selesai.

Hari Keluarga telah dijalankan hasil gabungan tiga kelas iaitu Tabika Perpaduan RKAT Sg. Bedaun, Tabika Perpaduan Kg. Kilan Pulau Akar dan Tabika Patau-Patau W.P Labuan. Alhamdulillah, meriah juga ..

Antara aktiviti pengisiannya ialah:
1. Sukaneka kanak-kanak dan ibu bapa
2. Sambutan Hari Guru
3. Sambutan Hari ibu
4. Sambutan Hari Bapa
5. Sambutan Harijadi Kanak-Kanak Tabika