Lagu Lagu Hiburan & Pendidikan

Ahad, 12 September 2010

RAYA KE DUA- MAKAN MALAM DI HOTEL 2INN1

TEMPAT; HOLTEL 2INN1 (SANDAKAN,SABAH)
TARIKH: 11/09/2010

RAYA KE DUA-MAKAN TENGAHARI

TARIKH: 11 SEPT 2010
TEMPAT: RUMAH KAK NUR LELA
MASA: 3.00 PTG

Bergambar bersama empat keluarga(Keluarga Hj. sopian, Hj. Suhaimie, Syaraean dan Hjh Lela)


Bersama suami dan 3 orang cahayamata.
                                              Bersama suami tersayang....




Sabtu, 4 September 2010

INTERAKSI SEPT 2010

Assalamualaikum..

Hari ini adalah Ramadhan Yang Ke-25. Saya dan kawan seperjuangan yang menimba ilmu dalam KDPM-KDC Prasekolah telah mendaftar hari ini untuk mengikuti interaksi Sept 2010 di IPGM Keningau, Sabah. Kami di sana selama 4 hari iaitu bermula pada 5 - 8 September 2010. Raya pula 10/09/2010. Balik dari Keningau terus ke Sandakan balik kampung. Alhamdulillah cuti panjang cikit iaitu 2 minggu bolehlah jalan-jalan round Sabah. Mudah-mudahan apa yang dirancang mendapat restu Illahi..

Sepanjang bulan ramadhan ni, banyak benda yang saya rancang tidak dapat dilaksanakan. Ini kerana saya masih dalam praktikum sehingga minggu ke 40. Jadi, kuihpun tak sempat nak buat. Gula dah diblend halus tapi malangnya masa betul-betul sangat berharga pada masa ini. Saya juga kena siapkan assigment yang pensyarah bagi sebanyak 4 subjek. Ya Allah....Dia sahaja yang Maha Tahu betapa sibuknya kami yang bergelar student KDPM-KDC.

Siap sahaja assigment saya tu, ya Allah leganya...tinggal RPH praktikum lagi nak kena siapkan mana-mana yang masih terbengkalai.

YA Allah....berilah hambaMu ini kekuatan untuk terus berjuang menuntut ilmu demi mendidik anak bangsa yang tercinta.. Jika bukan kerana belas kasihan dan IradahMu ya Allah...mana mungkin aku dapat meneruskan kehidupan ini yang penuh dengan cabaran, onak duri dan rintangan...

Ya Allah...di bulan berkah ini, kabulkanlah segala doa-doa yang ku panjatkan padaMu dan ampunilah dosa-dosaku dan mereka yang ku kasihi yang bersama-samaku ya Allah...AMIN.........


 Saya dan suami berbuka puasa di Restoran Sri Keningau.....


Interaksi Sept di kelas KDPM-KDC Prasekolah.....