Lagu Lagu Hiburan & Pendidikan

Sabtu, 31 Julai 2010

PERSIAPAN RAMADHAN

Assalamualaikum buat semua.....Pejam celik pejam celik, ramadhan dah nak tiba. Tinggal sebelas hari lagi dah puasa..Alhamdulillah..inilah saat-saat yang sangat saya nantikan sepanjang tahun..
Di bulan Ramadhan Al Mubarak inilah saat kita mensucikan diri dan menambahkan amal ibadah kita. Di sepanjang bulan Ramadhan ini, banyakkanlah berdoa dengan setulus hati kerana disaat itu, doa kita dimakbulkan dan diangkat ke langit ke tujuh tanpa hijab. Saat doa yang mustajab adalah ketika saat berbuka puasa. Panjangkanlah doa kita sebelum membaca doa berbuka puasa.

Ya Allah ya Rabbi...
kasihanilah hamba mu yang lemah dan banyak dosa ini....Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Hidupkanlah hati ku ini dengan zikrullah dan bacaan al-Qur'an agar ianya sentiasa hidup subur. Jika sampai ajalku ya Allah, masukkanlah hamba mu ini di dalam kalangan Husnul Khotimah (Kematian yg baik). Peliharalah dan lindungilah ibu bapa ku, suami, anak2 ku, keluargaku dan semua kaum Muslimin Muslimat daripada kejahatan makhluk halus dan kejahatan manusia yang bertopengkan syaitan yang suka menyesatkan manusia agar terjerumus ke lembah neraka jahannam.
Ya Allah ya Tuhan ku...Hanya padaMulah aku serahkan segala hidupku....matiku....rezekiku... dan segalanya hanya Untuk Mu ya Allah...Ya Allah.....tunjukkanlah aku jalan Mu yang Lurus hingga menujunke syurga..Payah ya allah untuk aku lalui jalan itu..banyak denai berduri dan halangan yang menghalang aku menuju ke sana...Ya Allah Ya Rabbi..kasihani aku, suamiku dan anak2 ku semoga kami termasuk dalam hambaMu yang mendirikan solat hingga ke penghujung maut kami....Amin

Begitulah antara doa-doa yang boleh kita panjatkan untukNya di bulan Ramadhan nanti..banyak lagi tu doa-doa yang lagi best dan famous dan doa2 mahsyur dari Rasulullah saw. Ingat ya..sebelum panjatkan doa tu, jangan lupa puji-pujian kepada Allah dan salawat ke atas Rasulullah SAW dulu pastu baru doa kita. Kenapa? Coz, itu merupakan antara syarat doa kita dimakbulkan...Amin...

I have a new blog

Salam, hari ini adalah hari yang mengembirakan buat saya kerana saya mempunyai blog. Semoga dengan adanya blog ini saya dapat berkongsi idea dan ilmu pengetahuan yang berguna demi mendidik anak anak bangsa kita.